TNB jalin kerjasama dengan tiga syarikat

TNB jalin kerjasama dengan tiga syarikat

Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Energy Services menerusi anak syarikatnya, Maevi Sdn Bhd, menandatangani perjanjian persefahaman bersama tiga syarikat sebagai rakan strategik bagi sistem pengurusan tenaga dan projek rumah pintar.

Dalam perjanjian persefahaman tersebut, Maevi akan bekerjasama dengan dua syarikat berkaitan hartanah – Protasco Bhd dan Tan & Tan Development Bhd – serta syarikat perunding perisian dan kejuruteraan, DGB Bhd.

Perjanjian persefahaman bersama Protasco bertujuan membekal dan memasang perkhidmatan rumah pintar Maevi untuk projek pembangunan perumahan, kata TNB dalam kenyataan hari ini.

Kerjasama bersama Tan & Tan Development pula bagi menjalin kerjasama pintar dalam kecekapan pengurusan dan pemantauan aset IGB Bhd.

Tan & Tan Development ialah anak syarikat milik penuh IGB.

Perjanjian persefahaman bersama DGB Berhad pula melibatkan kerjasama bagi meneroka pasaran pengurusan tenaga melalui program pengedaran bersama, kata TNB. – BERNAMA