Malaysia Dateline

‘Tok Arab lagi beri duit’, warganet ‘kagum’ anak Najib dapat banyak dana dari kerabat raja Arab Saudi

Lagi-lagi ‘Tok Arab’ dikatakan memberi sejumlah besar duit. Rata-rata secara sinis kagum dengan ‘rezeki’ Riza Shahriz iaitu anak tiri Datuk Seri Najib.

Reaksi orang ramai itu susulan dakwaan Riza memperoleh pinjaman daripada keluarga Diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company bukan daripada dana 1MDB untuk menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat (AS).

Penerbit filem Hollywood itu mendakwa sukar bagi penerbit filem yang tidak dikenali untuk mendapat pinjaman bank.

Oleh sebab itu, katanya, dia memutuskan untuk mendapatkan pinjaman daripada individu atau syarikat.

“Tok Arab lagi, sama macam bapak dia. Pinjaman daripada Tok Arab untuk buat filem…,” tulis pengguna Facebook, Azmi Mat Nasir.

LANJUT MENYUSUL