Malaysia Dateline

Tok Mat ingatkan Guan Eng usah singkat fikiran

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng supaya tidak singkat fikiran dan cemburu dengan kerjasama UMNO dan Pas.

“Tidak timbul soal orang rasa cemburu hati sampai ke tahap deklarasi peperangan terhadap bukan Melayu, mengapa perlu bercakap macam itu?

“Mengapa perlu singkat sangat pemikiran, begitu cemburu hati sangat, apakah orang Melayu tidak boleh bersatu?” dipetik dari Utusan Malaysia.

Penyandang kerusi Dun Rantau yang dikenali sebagai Tok Mat itu berkata demikian ketika ditemubual eksklusif di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini.

Semalam, sebuah portal memetik kenyataan Guan Eng yang menyifatkan kerjasama Umno dan Pas sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, Guan Eng selepas itu telah mengubah kenyataannya dan frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’.