Tokoh agama Ustaz Hassan Azahari meninggal dunia

Tokoh agama Ustaz Hassan Azahari meninggal dunia

Tokoh agama Tan Sri Hassan Azahari meninggal dunia pada jam 5 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham yang terkenal sebagai guru al-Quran itu meninggal pada usia 90 tahun.

Menurut sumber keluarga Allahyarham, jenazah Allayarham dibawa ke kediaman di Persiaran Keramat Hujung, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan.

Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Allahyarham pendidik terkenal dalam rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM selain menjadi individu yang melaungkan azan ketika kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Hassan juga adalah hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.

CATEGORIES