Tokoh baru, berwibawa ketuai jentera Dun Amanah Kelantan

Tokoh baru, berwibawa ketuai jentera Dun Amanah Kelantan

 

Dari sebuah parti yang dilihat tidak mampu bergerak jauh, kini Parti Amanah Negara (Amanah) mendapat sambutan semua lapisan rakyat di peringkat negeri Kelantan.

Dari sebuah parti yang dilihat tidak mampu bergerak jauh, kini Parti Amanah Negara (Amanah) mendapat sambutan semua lapisan rakyat di peringkat negeri Kelantan.

Pelancaran jentera pilihan raya yang akan diadakan 27 Januari ini bakal menyaksikan penampilan tokoh-tokoh baru dan berwibawa yang akan mengetuai jentera di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurut anggota jawatankuasa pimpinan negeri Amanah Kelantan, Hashim omar, penampilan tokoh-tokoh ini pasti akan mendapat keyakinan rakyat jika mereka diangkat menjadi calon dalam PRU 14 nanti.

“Saya tidak menyangka Amanah menjadi pilihan golongan yang dihormati dalam masyarakat seperti peguam, jurutera, ulamak ,doktor pakar, ahli farmasi dan seumpamanya.

“Jentera Dun Amanah bukan sahaja di kawasan utama seperti Kota Bharu dan Kubang Kerian akan menyaksikan pemimpin-pemimpin seperti ini malah juga di kawasan-kawasan lain yang agak jauh daripada pusat pentadbiran negeri,” katanya.

Che Mat Isa (dua dari kiri) mengetuai jentera diDun Pasir Tumboh.Menurutnya, antara tokoh yang dikenali umum akan mengetuai jentera Dun ini adalah seperti Datuk Wan Abdul Rahim dan Datuk Husam Musa masing-masing di Kota Bharu dan Kubang Kerian.

“Di Dun Demit Kubang Kerian seorang doktor pakar, Datuk Professor Dr Abdul Halim Yusof dijangka akan dilantik.

“Beliau yang mendapat ijazah kedoktoran di Kaherah memang seorang aktivis dalam bidang kebajikan dan bencana yang bukan sekadar di kenal di negeri Kelantan malah di peringkat antarabangsa,” katanya.

Di Dun Pasir Tumboh pula katanya, seorang peguam berpengalaman Che Mat Isa Che Dir kini mengetuai jentera Dun Amanah.

“Beliau merupakan anak tempatan Kubang Kerian yang pernah dilantik sebagai pengurus korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Penampilan tokoh-tokoh seperti ini di Kubang Kerian amat sesuai kerana majoriti penduduk kawasan ini terdiri dari mereka yang berpendidikan tinggi dengan adanya cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) di situ,” katanya.

Mohd Ridzuan Muhamad mengetuai jentera di Dun Gual Periok.Di Pasir Puteh pula menurutnya, tokoh-tokoh profesional diperkenalkan untuk memimpin jentera Dun.

“Di Dun Semerak seorang jurutera muda Ir Nor Marzuki Yaacob diberi peluang mengetuai jentera manakala seorang ahli farmasi yang dikenali dengan nama glamor Mat Farmasi memimpin jentera Dun Gaal,”katanya.

Beberapa nama lagi menurut beliau yang bakal memimpin jentera termasuklah seorang doktor pakar Dr Shahjihan Din (Meranti), peguam muda Mohd Ridzuan Muhamad (Gual Periok).

“Tokoh-tokoh ulama seperti Baba Zulkarnain dan Haji Hashim turut akan diberi peluang memimpin jentera di Pengkalan Chepa dan Bachok,” katanya.

TAGS