Malaysia Dateline

Tokoh di belakang Tabung Haji, Ungku Aziz meninggal dunia

Tokoh ekonomi dan ilmuan yang berada di belakang tertubuhnya Tabung Haji, Profesor Diraja Engku Aziz meninggal dunia hari ini.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu meninggal dunia ketika berumur 98 tahun di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur jam 4.30 petang tadi.

Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan gagasan koperasi tanah air, termasuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Antara anugerah yang pernah diberikan kepada allahyarham Ungku Aziz ialah “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978, Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara pada 21 Julai 2002.