Tokoh negara berintergriti diseru bersama rakyat hadapi skandal 1MDB

Tokoh negara berintergriti diseru bersama rakyat hadapi skandal 1MDB

Tokoh-tokoh negara telah berkhidmat dengan penuh integriti dan menamatkan karier mereka dengan moral yang sangat tinggi diseru untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang hari ini sangat kritikal ekoran skandal 1MDB.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyeru semua tokoh penting negara termasuk cendikiawan, budayawan, karyawan, seniman, ahli akademik, agamawan dan ahli politik supaya berani berdiri untuk meyuarakan pandangan mereka terhadap isu penyelewengan negara paling besar sejak merdeka iaitu 1MDB.

“Tokoh-tokoh seperti bekas Ketua Turus Tentera, bekas Ketua Polis Negara, bekas Peguam Negara dan hakim-hakim, bekas Ketua Setiausaha Negara dan bekas kakitangan tinggi kerajaan yang lain perlu bangkit supaya segala kebaikan yang mereka usahakan dahulu tidak hancur begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau Alangkah baiknya kedudukan mereka yang mulia dan tinggi di sisi masyarakat, dimanfaatkan pula untuk menjadi pembela kepada perjuangan rakyat dan negara khususnya dalam menegur pentadbiran negara sekarang.

Rakyat katanya, akan terus menyanjung mereka di atas jasa kepada rakyat dan negara.

“Oleh itu wajar untuk mereka mewujudkan satu gelombang baru dalam kelompok mereka sendiri yang pastinya akan dapat memberi kesan besar kepada kesedaran rakyat dalam mempertahankan maruah negara ini,” katanya.

Pandangan politik berbeza kata Salahuddin, tidak menghalang kita semua ersatu dalam usaha menentang penyelewengan yang tiada tara ketika ini.

COMMENTS

Wordpress (0)