Tokoh pembangkang utama Turki terima hakikat kekalahan

Tokoh pembangkang utama Turki terima hakikat kekalahan

Calon pembangkang utama dalam pilihan raya presiden dan parlimen Turki yang berlangsung Ahad lalu, Muharrem Ince, menerima hakikat kekalahan beliau, dan pada masa menyeru Recep Erdogan yang menang, supaya mentadbir secara inklusif berikutan dipilih semula.

Ince memberitahu pemberita bahawa beliau menerima keputusan pilihan raya itu, lapor Burhan Ozbilici/Associated Press.

Erdogan memperolehi 52.6 peratus daripada keseluruhan undi menurut keputusan tidak rasmi, sementara Ince, pesaing rapatnya memperolehi 30.6 peratus.

Ince menyeru Erdogan supaya menjadi presiden kepada semua orang dan menyayangi semua orang.

“Itulah yang akan saya buat sekiranya saya menang,” kata beliau mengikut laporan tersebut.

Tokoh politik berusia 54 tahun itu mengkritik sistem baharu Turki yang menurutnya membuatkan Turki terputus hubungan dengan demokrasi.

Sistem itu juga katanya telah memutuskan hubungan dengan sistem parlimen dan ia bergerak ke arah menjadi rejim perseorangan.

Ince berkata, beliau memperolehi 15 juta undi dan pihaknya akan bekerja keras untuk meningkatkannya menjadi 30 juta.

Lima calon bertanding menentang Erdogan dalam pilihan raya Turki baru-baru ini.

CATEGORIES