Malaysia Dateline

Tokoh penulis, Abdullah Al-Qari meninggal dunia

Tokoh penulis buku Kelantan, Ustaz Abdullah Al Qari, 82, meninggal dunia kemalangan jalan raya dalam perjalanan untuk solat subuh di masjid pagi ini.

Pemergian tokoh yang menghasilkan lebih 300 buah buku adalah satu kehilangan besar kepada industri buku tanah air dan juga pencinta ilmu.

Abdullah tinggal di Lorong Kubur Tok Kenali, Kubang Kerian, Kelantan.

Menurut salah seorang peminat beliau, Ustaz Abdullah Qari ini orang yang hebat.

“Dengan sebab banyak membaca, beliau mendapat gelaran al-Qari,” kata Wan Ji Wan Husein.

Menurut Wan Ji, beliau mengenali nama ini semasa belajar di pondok lagi.

“Ketika itu, sudah sudah membaca tulisan beliau,” tulis beliau dalam facebooknya.

“Terakhir, terjumpa beliau di Jalan Masjid India. Ketika itu, beliau membeli buku di kedai buku di situ,” katanya.