Tokoh-tokoh politik BN, Pakatan Harapan dan NGO sokong Deklarasi Rakyat

Tokoh-tokoh politik BN, Pakatan Harapan dan NGO sokong Deklarasi Rakyat

Majlis perisytiharan dan menandatangani Deklarasi Rakyat yang berlangsung di Jalan Damansara Lama, Kuala Lumpur petang ini dihadiri ramai tokoh politik negara daripada pelbagai parti sama ada kerajaan mahupun pembangkang sekaligus memberi isyarat tentang desakan memuncak rakyat untuk melakukan perubahan.

Antara tokoh yang hadir pada program yang digerakkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu ialah bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalannya Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Tian Chua, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Presiden MCA Dr Ling Leong Sik.

Turut kelihatan bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid, aktivis sosial Datuk S Ambiga dan tokoh penulis Datuk Abdul Kadir Jasin.

Turut mengejutkan adalah kehadiran Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan 3 Mac lalu memaklumkan keputusan Lajnah Politik Pas Pusat untuk tidak menyertai majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri.

Menurut Takiyuddin keputusan itu dibuat kerana Pas mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui ‘blok politik ketiga’ ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi.

Mustafa bagaimanapun ketika ditanya pemberita menjawab kehadirannya adalah atas kapasiti individu dan bukan mewakili parti.

Dr Mahathir membacakan Deklarasi Rakyat yang antara lain menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dan reformasi dilakukan dalam pentadbiran negara.

Deklarasi itu ditandatangani 58 individu dengan lima kumpulan.

Antara tokoh-tokoh politik rentas parti yang menghadiri majlis Deklarasi Rakyat.

TAGS