Toksik: Pemantauan dan penguatkuasaan ke atas kilang dilakukan berterusan

Toksik: Pemantauan dan penguatkuasaan ke atas kilang dilakukan berterusan

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim menyeru pemantau berterusan dan  penguatkuasaan undang-undang  perlu dilakukan kepada kilang-kilang di seluruh Malaysia bagi memastikan sisa buangan berjadual dilupuskan secara selamat.

Katanya, ini sebagai penyelesaian jangka panjang untuk memastikan bencana gas beracun ini tidak berlaku lagi di Malaysia.

Beliau juga berkata agensi kerajaan dan swasta perlu mengembleng tenaga dalam menyelesaikan bencana ini dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan.

“Ramai mangsa yang kini sedang bersabung nyawa akibat terhidu gas beracun dek perbuatan tangan-tangan kotor yang rakus mencemarkan Sungai Kim-Kim.

“Saya sesungguhnya berasa sangat sedih dan simpati di atas bencana yang menimpa kawasan Pasir Gudang dalam beberapa hari kebelakangan ini.

“Tiada sesiapa yang mahu bencana malang ini berlaku. Justeru dan sewajarnya tiada pihak yang perlu bermain politik dan menuding jari pada mana-mana pihak,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, kehadiran Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Johor ke tapak operasi bencana diharap dapat menemukan jalan penyelesaian segera yang mana kini telah mengakibatkan 111 sekolah sekolah di Pasir Gudang diarah semalam.

“Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang saling bekerjasama sejak minggu lepas dalam menangani bencana ini

“Saya juga ucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terlibat.
“Saya berdoa agar mangsa dapat pulih segera dan menjalani kehidupan sediakala,” katanya.

Terkini Menteri Pertahanan dalam usul tergempar di Dewan Rakyat hari ini berkata, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah diarah ke Pasir Gudang bagi mengenalpasti bahan toksid di Sungai Kim-Kim.

Esok akan diadakan mesyuarat kabinet untuk membuat keputusan sama ada keperluang mengistiharkan darurat di Pasir Gudang.