Tol LPT2: Pas Terengganu dakwa  pantai timur dianaktirikan

Tol LPT2: Pas Terengganu dakwa pantai timur dianaktirikan

Satiful BahariPas Terengganu menggesa kerajaan negeri menyelesaikan isu tuntutan semula kos pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan kerajaan pusat melaksanakan kutipan tol lebuh raya tersebut.

Kos pembinaan LPT2 menggunakan kewangan negeri sebanyak RM1.8 bilion.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kutipan tol di LPT2 bermula 15 Julai ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Satiful Bahri B. Mamat berkata, dalam keadaan bajet negeri Terengganu yang kini tinggal RM1.4 billion setelah dipotong 630 juta daripada bajet 2016 sebanyak 2.1bilion, pengembalian wang 1.8 billion itu cukup besar jumlahnya untuk dimanfaatkan dengan memberikan kemudahan perbelanjaan kepada rakyat terutamanya kepada sektor pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.

“Atau sudah ada perjanjian konsesi yang sebahagian kutipan tol tersebut akan dibahagikan juga untuk negeri Terengganu?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Paka tuurt berkata, kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kembali wang tersebut merupakan satu kerugian dan pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

“Bahkan pelaksanaan kutipan tol kepada pengguna dalam kalangan rakyat negeri Terengganu yang membiayai pembinaan LPT2, merupakan ‘penderaan’ yang bakal menambahkan beban kewangan kepada setiap keluarga,” katanya.

Menurut beliay juga, kadar 12 sen bagi setiap kilometer yang melalui LPT2 dari Gemuruh ke Cheneh akan meningkatkan kos perjalanan ke Kuala Lumpur sekitar 70 peratus.

“Rantaian peningkatan kos pengangkutan akan meninggalkan kesan beban berganda kepada harga barangan dan perkhidmatan. Kenaikan harga minyak pada awal Julai lalu akan menambahkan lagi beban kewangan yang sedia ada kepada warga Terengganu,” katanya.

Selain itu beliau mengeaskan, pelaksanaan kutipan tol LPT2 yang digelar sebagai ‘Lebuh Raya Maut’ sewajarnya tidak dikuatkuasakan dan ditangguh sehingga segala kemudahan dilengkapkan serta lebuhraya tersebut diperelokkan.

“Keadaan permukaan jalan yang menjadi sungutan ramai, ketidakcupan papan tanda dan tunjuk arah keselamatan, ketiadaan stesen minyak kekal, kompleks ‘Rehat dan Rawat’ yang tidak sempurna, perlu diberi pertimbangan sebelum kerajaan memikirkan ‘keuntungan dan laba’ yang diseluk dari saku rakyat! Kenapa lebuhraya sarawak dikecualikan tol? Tetapi Lpt2 nak dikenakan tol? Kenapa Pantai timur selalu dianak tirikan?,” soalnya.

TAGS