Tol LPT2 sepanjang 184 km bermula Jumaat ini

Tol LPT2 sepanjang 184 km bermula Jumaat ini

Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Kampung Gemuroh di Terengganu akan berkuatkuasa mulai jam 00.01 pagi, 15 Julai 2016.

“Keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 selepas sambutan hari raya Aidilfitri dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Perhubungan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LPT2 telah dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Januari 2015.

“Kerajaan katanya, telah melantik Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd. (LPT 2 Sdn. Bhd.) sebuah syarikat milik penuh Pojek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) untuk melaksanakan melaksanakan operasi, penyenggaraan, dan kutipan tol di lebuhraya tersebut.” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi terdapat sepuluh plaza tol di sepanjang jajaran LPT2 berkenaan.