Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) menawarkan tol percuma untuk semua kelas kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 31 Ogos ini bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi (gambar bawah) berkata, pemberian tol percuma sempena Hari Kebangsaan itu sudah dilakukan sejak 2010 bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah bersama rakyat di negara ini.
Beliau ditemui media selepas bertemu atlet berbasikal yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea, Mohamad Hariff Salleh dan Mohd Fauzan Ahmad bersama anak-anak yatim yang diraikan di Muzium Negara hari ini.
Sazally berkata laluan tol percuma dan diskaun tol akan memberikan tol percuma kepada 410,643 kenderaan dan 155,357 pengguna bakal menikmati diskaun laluan tol itu.
“Untuk musim perayaan utama di Malaysia insentif yang sudah diperuntukkan bagi Lebuhraya LDP adalah sebanyak RM10.14 juta manakala Lebuhraya SPRINT adalah RM900,000,” katanya.
{loadposition myposition}