Malaysia Dateline

Tol RFID sesak lagi, orang ramai cadang tambah lagi laluan

Awal Januari lalu, kerajaan memperkenalkan penggunaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dalam transaksi tol di lebuh raya seluruh negara.

Pada awal penggunaan, orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati apabila sistem RFID tidak dapat dikesan di kebanyakan tol, sehingga mengundang kesesakan laluan di lebuh raya.

Selepas lebih sebulan, isu RFID berbangkit semula apabila orang ramai mendakwa tol RFID masih lagi sesak.

Selain disebabkan tol gagal mengesan transaksi, kesesakan juga berpunca dari laluan RFID yang tidak banyak di lebuh-lebuh raya.

Tol RFID sesak lagi, orang ramai cadang tambah laluan RFID
Kesesakan di tol RFID seperti dikongsi @ad4mjohnston di Twitter

Selain disebabkan tol gagal mengesan transaksi, kesesakan juga berpunca dari laluan RFID yang tidak banyak di lebuh-lebuh raya.

“Gambaran sempurna tentang betapa tidak cekapnya lorong RFID,” ciap pengguna Twitter @ad4mjohnston.

Bagaimanapun ada yang berkata, bukan RFID itu tidak efisyen, tetapi pengguna juga tidak melekatkannya dengan baik, ditambah laluan tol RFID yang tidak banyak.

“Sebenarnya bukan RFID tidak cekap, tetapi pelaksanaannya agak lemah dari pengguna sehingga ke konsesi lebuh raya. Pengguna membeli pelekat dan tidak melekat dengan baik di tempat yang ditetapkan. Dan hanya sedikit lorong disediakan untuk RFID. Saya menggunakan RFID sejak ia sedang fasa ‘pilot test’. Tiada masalah apa yang berlaku,” ciap @AnuarOtm.

Namun, pengguna @lattedingin berkata, sekiranya RFID tidak dapat dikesan hanya disebabkan sistem berkenaan tidak dilekatkan di satu-satu tempat spesifik, maka ia memang wajar disebut sebagai tidak efisyen kerana ianya tidak mesra pengguna.

Sementara itu pengguna @Moknan10 bepandangan bahawa sudah sampai masanya pihak konsesi lebuh raya sepatutnya membuka lebih banyak tol RFID bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.