Tolak Calon Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Tolak Calon Najib di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal berlaku dengan penamaan calon pada 5 Jun 2016 dan hari mengundi pada 18 Jun 2016.PRK ini berlaku ekoran kematian 2 penyandang yang terlibat dalam tragedi terhempasnya helikopter di Serawak.Moga Allah mencucuri Rahmat keatas Roh mereka.Alfatehah.

PRK sudah pasti akan menyaksikan pertandingan luar biasa.Walaupun kemenangan calon Kuasa Rakyat tidak mengubah kedudukan Kerajaan yang memerentah Malaysia tetapi kemenangan Calon Rakyat akan memberikan isyarat yang jelas Kepada Najib dan puak pemakan Dedak kebinet dapur Umno Bn.

Siapa pun calon Umno Bn dia adalah *pecacai* dan *penjilat* Najib yang akan menentang kuasa rakyat.Calon Najib (Umno Bn) akan terus pertahan dan lindungi Najib bukannya lindungi rakyat dan pertahankan Negara.Calon Najib akan tetap pertahan Najib, *GST* , *AES*, *TOL* , *RASUAH*, *PENYELEWENGAN* , *SALAH GUNA KUASA* dan sebagainya.Calon Najib akan pertahankan *RM2.6* *Bilion* Dan *RM42* *Milion* dalam akaun Peribadi Najib itu tak salah.Calon Najib akan Pertahankan *Najib* dan *1MDB* bukan *sindiket penipuan* walaupun Negara dan Rakyat atas nama 1MDB kehilangan wang berpuluh bilion ringgit Malaysia.

Negara dan rakyat meletakan pengharapan besar kepada pengundi Parlimen K.Kangsar dan Sg.Besar atas nama *Demi Malaysia* untuk *menolak calon Najib dari Umno Bn* yang akan bertanding dalam piliharaya kecil pada 18 Jun 2016.Siapa dan berapa pun jumlah calon yang akan bertanding menentang calon Najib nanti,pengundi tiada pilihan melainkan menolak calon Najib dan memilih calon mewakili kuasa rakyat.Bagaimana dan siapa perlu dipilih itu adalah kebijaksanaan pengundi yang memilih.PRK di Sg.Besar dan K.Kangsar adalah ibarat satu medan *peperangan antara Rakyak dan Najib*.Walaupun ia hanya PRK yang tidak akan mengubah kerajaan tetapi PRK ini sangat bererti untuk menunjukan *Kuasa Rakyat mampu menolak kepimpinan Najib* dan melakarkan satu lagi lanskap baru politik di Malaysia.

DATO’HJ MAHFUZ HJ OMAR adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

CATEGORIES
TAGS