Malaysia Dateline

Tolak permohonan kerajaan istihar darurat bijaksana, kata Tim Presiden Umno

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Yang Di Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan terbaik untuk Malaysia dengan tidak mengisytiharkan perintah darurat seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan.

“DYMM Tuanku dan Dulu-Duli YMM Raja-Raja Melayu melalui keputusan ini telah mempertahankan Perlembagaan, mengiktiraf kerja keras dan sumbangan luar biasa petugas kesihatan dan barisan hadapan negara serta mengutamakan kepentingan rakyat kebanyakan,” kata beliau dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, beliau yakin, Kerajaan Perikatan Nasional akan mengusahakan apa jua yang sewajarnya untuk menterjemahkan keputusan yang disifatka beliau sebagai bijaksana ini.

“Keputusan ini sewajarnya mendorong semua pihak tampil demi kepentingan nasional untuk bersama-sama Kerajaan dalam memerangi pandemik global ini.

“Kebijaksanaan dan hikmah DYMM Tuanku dalam perkara ini meyakinkan patek bahawa institusi Raja mempunyai peranan Perlembagaan yang sangat penting dalam pentadbiran negara ini. Untuk kesekian kalinya, DYMM Tuanku serta Duli-Duli YMM Raja Raja Melayu terus mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka dengan sebaik-baiknya,” kata beliau.