Tolak politik fitnah dan adu domba

Oleh NASUHA RAHMAN

Politik fitnah dan mengadu domba masih lagi terus di jadikan genda berkempen sesetengah parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini.

Di mana video ucapan berbaur fitnah dari seorang calon Perikatan Nasional DUN Gunong Semanggol Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Perak kini sedang tular.

Razman Zakaria mendakwa Umno dan Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi AMANAH Perak Datuk Asmuni Awi kesal dengan politik fitnah ini dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat dan meneliti ucapan Haji Razman tersebut yang mencemar perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

“Sewajarnya kempen-kempen berbaur fitnah ini dihentikan dan agama Islam cukup melarang UmatNya membuat fitnah kerana kesan kepada masyarakat cukup besar dan tindakan ini amat dikesali sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Sepatutnya jelas Asmuni fokus mengenai isu-isu rakyat seperti isu ekonomi, harga barang, kemiskinan dan sebagainya dalam kempen-kempen beliau terhadap para pengundi dan bukannya fitnah dan adu domba.

Jesteru, beliau mengajak seluruh rakyat menolak calon-calon yang mengamalkan politik fitnah dan kebencian kerana ianya tidak membawa apa-apa manfaat dan kebaikan pun kepada rakyat dan negara.

Razman dilaporkan berkata, bagi undi pada Datuk Seri Anwar Ibrahim bererti memberi DAP untuk bentuk kerajaan.

“Ingat – undi DAP, undi BN bererti undi beri kuasa kepada DAP untuk membolehkan dia buat apa saja,” dakwanya.

Baca juga: Netizen imbau semula pengorbanan bapa redah laut larikan 2 anak demi akidah mereka

Baca juga: Pokok tumbang, enam individu trauma lepas empat kenderaan dihempap