Malaysia Dateline

Tolak politik khianat cemar demokrasi, mandat rakyat, selar NGO luar negara

Badan Perhubungan United Kingdom (BPN UK) & Eire serta Malaysia Progressives United Kingdom (MPUK) menolak sekeras-kerasnya politik pengkhianatan yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan baharu di negara ini.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di United Kingdom oleh NGO tersebut berkata, pembentukan kerajaan pintu belakang ini melambangkan suatu penistaan institusi demokrasi.

“Sekiranya pembentukan kerajaan baharu ini tidak disanggah, maka pengkhianatan prinsip demokrasi bakal menjadi norma dan sistem demokrasi akan menjadi responsif secara khusus kepada agenda politik kumpulan tertentu dan bukannya reponsif kepada kehendak rakyat,” uja kenyataan itu hari ini.

Justeru blok yang telah memenangi pilihan raya iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH) berpecah mandat sepatutnya diserahkan kepada rakyat uuntuk diperbaharui agar kerajaan pengganti dapat memperoleh mandat baharu.

“Kami mempersoalkan ialah pengkhianatan daulah rakyat oleh wakil rakyat. Jelas walaupun permainan kuasa mereka patut turut kepada sistem demokrasi.

“Tetapi tindakan mereka meremehkan kehendak rakyat dan mereka telah mengkhianati prinsip demokrasi.

“Tidak kira siapapun yang dilantik menjadi PM parti yang kalah PRU14 tidak wajar disertakan dalam kerajaan baharu,” ujar kenyataan itu yang mengutuk sekeras-kerasnya permainan politik yang berkiblatkan agenda peribadi.

Malah tambah kenyataan itu lagi, krisis politik yang berlaku ini merugikan rakyat dan negara amat dikesali,” ujarnya lagi episod pengkhianatan itu  berlaku ketika negara dan rakyat berhadapan dengan penularan COVID-19.

“Kami merayu penglibatan aktif rakyat dengan menuntut pemeliharaan prinsip demokrasi dan hak demokratik perlu dimanfaatkan setiap masa dan bukan setakat di peti undi.” ujarnya.