Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Tolak tubuh kerajaan pintu belakang: Tindakan khianat, tidak bermoral pemimpin politik

Tolak tubuh kerajaan pintu belakang: Tindakan khianat, tidak bermoral pemimpin politik

MOHD ALI HASHIMFebruary 26, 2020 10:00 am




Pimpinan AMANAH Pulau Pinang berpandangan penubuhan kerajaan dengan cara pintu belakang adalah suatu pengkhianatan, tidak bermoral oleh pemimpin politik, tidak harus diberikan ruang sedikit pun.

Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad menyatakan usaha menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang adalah tidak bermoral dan suatu penghinaan kepada rakyat.

Sejajar dengan itu katanya, semua pihak harus menolak apa jua usaha yang cuba dilakukan oleh mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan sedemikian.

“Sebenarnya suara rakyat adalah suara yang harus dihormati kerana ia memberi sokongan atas keyakinan mereka kepada parti yang didokong ketika itu.

“Oleh kerana itu, rakyat sudah pasti tidak ingin sokongan tersebut dikhianati, sedangkan bukan itu yang menjadi harapan mereka sehingga sanggup memberi mandat yang penuh.

“Sehubungan itu segala rencana dan rancangan oleh mana-mana pihak bagi mendapat mandat pemerintahan melalui pintu belakang tidak harus dibiarkan, ” ujarnya.

Pandangan sama turut dilontarkan Ketua AWAN Pulau Pinang, Aida Yusof Rawa yang berkata, ia bukan saja mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat, sebaliknya membuktikan sikap tidak amanah dan bertanggungjawab pemimpin politik.

Jelasnya, suara keramat rakyat yang telah memberi mandat dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu merupakan pengorbanan yang amat perit dan tidak harus dilupakan.

“Rakyat dengan jelas memberi sokongan dalam PRU ke 14 supaya kerajaan yang ada memberi pembelaan terhadap nasib mereka.

“Mereka mahukan pembelaan sehinggakan sanggup memberi dokongan sehingga meraih kemenangan menjadi pemerintah.

“Maka itu, tidak harus ada mana-mana pihak menodai kepercayaan yang telah diberikan, ” tegasnya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production