Malaysia Dateline

Tolong, jangan berebut shopping hari gaji esok, putuskan rantaian Covid-19

Orang ramai terutama kakitangan kerajaan diminta tidak bersesak-sesak membeli belah, mengisi minyak atau ATM sempena 25 haribulan esok, ekoran hari gaji bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Ini kerana, rantaian Covid-19 ni dah hampir berjaya diputuskan berikutan penurunan kes baru dan kematian hari ini.

Bahkan pihak berkuasa juga diminta membuat pengawalan kerana orang ramai dijangka akan berpusu-pusu untuk membeli belah esok selepas mendapat gaji.

“Pada yang gaji esok..25hb.. Pastinya ramai yang tunggukan..tapi tolong jangan pergi shopping barang dapur masa hari gaji esok.

“Lewatkan seminggu atau dua minggu,” itulah pesanan yang diedarkan kepada orang ramai sekarang.

“Jika barang dapur masih ada…please..barang yang ada kat dapur tu..masak bagi habis dulu..tak pun pergi hari ni (kalau masih berbaki duit yang ada)..

“Jangan pergi bersesak kat pasaraya…rantaian Covid-19 ni dah hampir berjaya kita hentikan…jangan kita buka rantaian baru,”kata mesej yang disebarkan melalui pelbagai jenis media sosial itu walaupun tanpa penulis.

Hari ini, Malaysia hanya mencatatkan rekod hanya satu kematian berbanding tiga semalam manakala jangkitan baru hanya 106 berbanding 212 kes baru semalam. Ia satu penurunan yang baik.

“Harap faham situasi dimana kita mungkin akan jadi macam Itali kalau kita panik berbelanja.

“Biasa masak 3/4 jenis..masak je 1 jenis lauk..berjimat la barangan kita…

“Kalau kita takde kesedaran sekarang..kita sebenarnya punca rantaian covid ni,” kata mesej yang turut diedarkan oleh para doktor dan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia itu.