Malaysia Dateline

Tolonglah tuntut khairat kematian dari ASB walau baki cuma ada RM10, asalkan ada akaun, masih boleh tuntut

Mungkin ramai yang tak tahu, jika seseorang itu mempunyai akaun di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB), tidak kira sama ada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), atau Amanah Saham Bumiputera (ASB), pewaris boleh membuat tuntutan khairat kematian jika berlaku kematian pada pencarum.

Setiap waris pendeposit ASB, Amanah Saham Nasional (ASN) dan apa sahaja saham terbitan PNB layak untuk menuntut khairat kematian bila pencarum meninggal dunia.

Seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook di laman kumpulan Info Ekonomi Muslim Malaysia, dia memberitahu walaupun baki minum ASB hanya ada RM10, pewaris boleh menuntut khairat kematian asalkan ada akaun ASB.

Tetapi ianya mestilah dituntut dalam tempoh 6 bulan.

“Tolonglah tuntut. Walaupun ada akaun asb je pun , takde asb loan. Boleh tuntut. Janji ada akaun ASB minimum baki RM10. Waris bawa surat kematian je pergi mana0mana ejen. RHB boleh, Maybank boleh. Tuntut. On the spot dapat.

“Wajib tuntut dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian. Ramai yang tak tahu. Tolong war-warkan. Selepas 6 bulan tak dapat claim dah. Ingat.

“Syarat-syaratnya adalah; Simpanan mesti ada baki minimum RM10 dalam akaun ASB dan waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam bulan selepas kematian pemegang akaun,” tulis pemilik akaun Syafnan Zain.

Sekadar info, bagi simpanan RM10 hingga RM4,999.00 – khairat kematian sebanyak RM200 akan diberikan.

Simpanan RM5,000 hingga RM10,000 – khairat kematian sebanyak RM1,000.

Simpanan RM10,000 ke atas (maksimum 100k setiap individu) – khairat kematian sebanyak RM2,000. 

Baca juga: Ramai minta cuti peristiwa sempena kemenangan badminton dunia, siap ada yang ‘PM’ tepi Ismail Sabri

Baca juga: Tidak sampai setahun, Gardenia naik harga roti lagi September ini