Malaysia Dateline

Tommy Thomas letak jawatan AG

Beberapa media tempatan memetik sumber yang memberitahu Peguam Negara Thommy Thomas meletakkan jawatannya lebih awal sebelum kontrak berakhir pada Mei depan.

Menurut portal The Edge, Tommy berhasrat mahu meletakkan jawatan ketika Tun Dr Mahathir masih menjadi Perdana Menteri interim.

Manakala portal FMT melaporkan surat peletakan itu diserahkan kepada Dr Mahathir lewat petang hari ini.

“Dia menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad petang ini,” kata sumber di Pejabat Peguam Negara kepada FMT seperti dipetik.

Thomas dilantik sebagai peguam negara susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14.