Tony Pua cabar Jamal tunjuk bukti ahli DAP jual ikan mahal

Tony Pua cabar Jamal  tunjuk bukti ahli DAP jual ikan mahal

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencabar Datuk Seri Jamal Md Yunus membuktikan dakwaan kononnya peraih dan penjual ikan di negara ini adalah penyokong dan ahli DAP antara punca harga ikan dijual mahal di pasaran.

“Tuduhan Jamal itu tiada sebarang bukti pun…saya pun boleh buat tuduhan dia ahli parti komunis Cina, Tunjukkan buktilah  jika ada penyokong dan ahli DAP yang jual ikan harga mahal,” ujar beliau kepada Malaysia Dateline.

Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor  berkata,  keahlian DAP kini seramai 150,000 orang satu bilangan yang kecil berbanding ahli Umno 3juta orang sedangkan  dakwaan Jamal itu  hanya membabitkan ahli dan penyokong DAP sahaja.

“Adalah ‘tidak masuk akal’ hanya ahli DAP yang menjadi peraih (orang tengah)  atau penjual ikan.

“Orang Umno tak jadi peraih ikan atau penjual ikan kah?” soalnya kembali.

Tony Pua  enggan mengulas lanjut dengan hasrat Pengerusi NGO Gerakan Merah yang juga Ketua Umno Bahagian Sunga Besar itu, untuk berniaga ikan murah ketika berlansungnya Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur Sabtu ini.

Pada Selasa Jamal dipetik berkata, untuk merancang menjual ikan  pada sebelah  petang acara berlansung dalam  perhimpunan anti-kleptokrasi yang diadakan pembangkang.

Jamal menceritakan bagaimana perhimpunan itu sepatutnya mempunyai suasana seperti karnival dengan banyak peniaga yang dijangka menjual produk masing-masing.

Justeru katanya, kehadirannya dalam himpunan itu tidak perlukan permit.

Manakala Skretariat Mobilasi Himpunan ketika memberi respon terhadap hasrat Jamal itu turut berkata, walaupun permohonan lot niaga pada hari himpunan diadakan sudah pun ditutup, kehadiran Jamal dalam himpunan berkonsepkan karnival ini dialu-alukan dan disarankan juga Jamal boleh berniaga ikan murah di mana-mana sahaja di sekitar Petaling Jaya.

Baca : Jamal boleh berniaga ikan dalam Himpunan 14 Oktober, kata Sekretariat Himpunan

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0