Tony Pua dilarang masuk Sabah

Tony Pua dilarang masuk Sabah

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini dilarang daripada memasuki Sabah.

Pua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 12.45 tengah hari tadi dilaporkan ke Sabah untuk menghadiri beberapa forum mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tanpa memberikan sebarang alasan, anggota itu berkata arahan datang pagi ini daripada kerajaan negeri.

“Sekarang saya di pejabat imigresen Kota Kinabalu, saya akan dihantar pulang dengan penerbangan jam 2 petang nanti,” katanya.

Sementara itu, pengerusi DAP Sabah Stephen Wong memberitahu, ini kali pertama Pua dihalang masuk ke negeri itu.

Terdahulu, Pua pernah dihalang memasuki Sarawak. Beliau ketika itu ditahan oleh pegawai Jabatan Imigresen di Miri, seterusnya dihantar pulang.

Sabah dan Sarawak mempunyai hak imigresen untuk menghalang mana-mana individu daripada semenanjung Malaysia masuk ke negerinya.

COMMENTS

Wordpress (0)