Malaysia Dateline

Top Glove didakwa guna buruh paksa

Produk tertentu oleh Top Glove Corp Bhd telah dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa atau terikat, dakwa Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) .

Jelas jabatan itu, produk sarung tangan pakai buang tertentu telah dihasilkan atau dibuat oleh pembuat sarung tangan getah dengan menggunakan buruh paksa, dan diimport, atau akan, diimport ke AS.

“Penemuan ini terpakai bagi mana-mana barang dagangan yang dijelaskan dalam Seksyen II kenyataan ini, yang diimport pada atau selepas 29 Mac 2021.

“Ia juga terpakai bagi barang dagangan yang telah diimport dan yang tidak dilepaskan daripada tahanan CBP sebelum 29 Mac, 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

LANJUT MENYUSUL