Malaysia Dateline

Touch ‘n Go tawar penggantian RFID percuma jika tag anda rosak

Touch ’n Go Malaysia kini menawarkan kepada orang ramai untuk menukar ganti tag TNG RFID mereka secara percuma jika TNG RFID mereka rosak.

Tawaran ini diberikan percuma hanya sekali sepanjang pembelian sekiranya tag berkenaan rosak.

“Sila ambil perhatian, semua tag RFID Touch ‘n Go yang dibeli mempunyai penggantian percuma 1 kali.

“Kelayakan untuk 1 kali penggantian percuma akan dilucutkan sekiranya tag RFID Touch ‘n Go ditamatkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Bagaimanapun, TNG memaklumkan bahawa pengguna Touch ‘n Go RFID Pilot tidak layak untuk penggantian tag RFID Touch ‘n Go percuma.

Orang ramai boleh lawati portal Touch ‘n Go RFID melalui pautan di bawah untuk penggantian percuma. https://rfid.touchngo.com.my/login

Sementara itu, Touch ’n Go mengingatkan pada orang ramai bahawa mereka perlu menamatkan tag TNG RFID apabila kenderaan mereka dijual, dicuri atau hilang.

Semua permohonan tag gantian percuma dan juga untuk pembatalan tag RFID, ia boleh diuruskan melalui portal khusus TNG RFID.

Baca juga: Elak kereta meletup, ini 9 benda anda tidak boleh tinggalkan dalam kereta

Baca juga: Lelaki ini kongsikan tip isterinya rebus kerang tanpa air