Malaysia Dateline

Toyota bakal lancar MPV kalah saiz banglo selepas GranAceAlphard tak cukup besar

Toyota nampaknya tengah syok dengan betapa untungnya pasaran MPV mereka, dan mereka tidak akan berhenti di situ.

Baru-baru ini, Toyota Voxy 2022 serba baru telah membuat debut, manakalaToyota Alphard generasi akan datang telah dijadualkan untuk debut akhir 2022.

Kini, sumber dari Jepun telah menyatakan bahawa Toyota tidak akan berhenti di situ sahaja, kerana pengeluar kereta yang berpangkalan di Aichi itu mungkin akan memperkenalkan MPV yang lebih besar, dan boleh debut seawal tahun 2023.

Menurut sumber Jepun, MPV baharu itu akan menggunakan platform Toyota GranAce. Ingat bahawa GranAce sendiri adalah Hiace versi yang lebih mewah.

Walaupun GranAce mungkin lebih selesa berbanding Toyota Alphard biasa, ia tidak mencapai tahap keselesaan perjalanan atau tarikan kelas atasan seperti Alphard Executive Lounge. Toyota mahu menanganinya dengan MPV baharu ini.

Kalau anda mengikuti reka bentuk semasa Toyota dengan MPV, anda boleh menjangkakan model baharu berasaskan GranAce itu mempunyai fasia hadapan yang berani dengan banyak sisipan krom.

Toyota bakal lancar MPV kalah saiz banglo selepas GranAceAlphard tak cukup besar
MPV baharu akan menggunakan platform Toyota GranAce.