Malaysia Dateline

Toys semarakkan PPS di musim banjir – Personal Note, Part 7

1. Seperti saya habaq sebelum ini di hari ke-empat, antara barangan yang team kami bekalkan ke PPS adalah mainan kanak-kanak @ toys.

Mengapa toys?

Jujurnya idea ini saya pinjam dari Turki. Beberapa tahun yang lalu, ketika saya menziarahi Turki dan sempat melawat pejabat AK Party- parti Erdogan – di Ankara, saya melihat begitu banyak toys di pejabat parti depa.

Depa habaq kat saya toys tu depa akan bagi kat kanak-kanak semasa depa buat lawatan rumah ke rumah – nak bagi kanak-kanak happy!

Lalu, saya mula mencedok dan cuba merealisasikan idea dan model itu dalam program Pusat Khidmat kami pada hampir setiap minggu yang kami namakan “Program Ziarah Prihatin Mingguan Kami” di sekitar Parlimen Sepang.

Team kami rasa teruja bila melihat para kanak-kanak merasa riang dan gembira bila mereka diberikan toys. Kadangkala, kami beri depa coklat.

Di waktu banjir ini, kami cuba lakukan hal yang sama. Kami mulakan “ujikaji pertama” kami di PPS SK Kota Warisan..Alhamdulillah, it works tremendously.

Hari Kelima (22/12/2021 -Rabu)

2. Saya dihabaq oleh ahli team saya -Anas- bahawa team kami berjaya dapatkan sebuah gerai di Medan Selera Dengkil untuk kami lancarkan Dapur Masak dan sekaligus menjadi store sementara bagi menyimpan barangan yang orang ramai sumbang dan juga yang team kami beli.

Pada hari itu, dua orang dari team kami- sdr Alif dan sdr AJ – akan jadi chef kami.

Sebelum depa mulakan operasi memasak, kami didatangi oleh para sukarelawan/wati dari NGOs dan parti MUDA yang sudi untuk membantu kami melakukan kerja-kerja pembersihan rumah para mangsa.

Sdr Azfar dari team kami diamanahkan untuk “in charge” urusan para sukarelawan/wati itu.

Alhamdulillah para sukarelawan/wati telah berusaha keras membantu. May God bless them.

3. Sementara menunggu dua “our master chefs” memasak, saya dibawa ke PPS di SRA Bukit Changgang untuk urusan di sana.

Oleh kerana masih ramai kanak-kanak yang masih tinggal di PPS tersebut, kami telah meminta izin dari pihak JKM yang bertugas di situ untuk kumpulkan kanak-kanak di situ bagi tujuan pengedaran toys. JKM benarkan. Depa juga teruja.

Dalam masa yang singkat sahaja telah ramai kanak-kanak mula datang dan mengerumuni kereta team kami.

Mereka diminta untuk membuat dua barisan -lelaki dan perempuan-untuk saya dan ahli team saya berikan depa toys.

Best sangat bila lihat depa begitu happy. Para ibu bapa depa juga turut happy.

Kami sediakan agak banyak toys-untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Alhamdululillah, toys laris macam goreng pisang panas.

Yang lebih lucu ada juga ibu bapa pun tumpang sekaki main toys. Tidak ada masalah asal depa happy. Itu pun matlamat asal kami.

Buat kali pertama perasaan hiba rasa terubat sedikit bila melihat depa semua happy.

Kami lagi rasa teruja dan bersyukur sebaik sahaja depa -para kanak-kanak itu dapat toys, depa terus ber”usrah” sesama depa dan mula menikmati toys tersebut. Depa macam tak rasa ada masalah banjir .

4. Selepas selesai mengedar toys di PPS SRA Bukit Changgang, saya dan team bergerak pula ke PPS SK Bukit Changgang. The same modus operandi-kami edar toys pada kanak- kanak di situ.

Sekali lagi kami boleh lihat dan rasai keceriaan di tempat itu. Alhamdulillah.

5. Malangnya lain pula cerita di Dapur Masak kami. Para chefs kami dan para pembantu depa agak bermuram durja. Mana tidaknya. Ayaq takdak! Selepas itu, ada pula masalah pendawaian letrik di situ. Nasi tak masak-masak. Walhasil dalam hampir 4.30 pm baru depa siap masak.

Bagaimanapun, depa masih berjaya mengedar makanan kepada sasaran walau agak terlambat.

InsyaAllah bersambung…

والله اعلم