Malaysia Dateline

TPM harap Malaysia berjaya capai sasaran 7 emas petang ini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berharap Malaysia berjaya mencapai sasaran tujuh pingat emas di Sukan Asia yang berlangsung di Palembang, Jakarta, Indonesia menerusi acara hoki.

Malaysia akan bertemu Jepun untuk perlawanan akhir acara hoki bagi menentukan pemenang pingat emas dan perak pada petang ini.

“Kita telah menghampiri sasaran tujuh pingat emas, moga para atlet kita melipatgandakan usaha di Sukan Asia, khususnya pasukan hoki petang ini,” kata beliau menerusi Facebook beliau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang telah bertungkus lumus mengharumkan nama negara.

Berikut adalah senarai enam etlet Malaysia yang telah memenangi pingat emas Sukan Asia 2018:

1. Esther Cheah, Siti Safiyah dan Syaidatul Afifah – Bowling Tiga Sepasukan Wanita

2. Datuk Nicol Ann David – Skuasy Perseorangan Wanita

3. Muhammad Rafiq Ismail – Bowling Masters Lelaki

4. Syahir Rosdi, Zulkifli Abd Razak, Norhaffizi Abd Razak, Farhan Adam dan Azlan Alias – Sepak Takraw Regu Lelaki

5. Azizulhasni Awang – Basikal Trek Pecut Lelaki

6. Muhammad Fauzi Kaman Shah – Pelayaran Kategori Laser 4.7