TPM menerima menghadap bonda Yang Dipertuan Agong

TPM menerima menghadap bonda  Yang Dipertuan Agong

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  menghadiri majlis menerima menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian malam tadi.

Perjumpaan kira-kira satu jam itu diadakan secara tertutup dan tiada liputan media dibenarkan.

Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini, kira-kira 9.35 malam ini bersama suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menyambut Dr Wan Azizah termasuklah Pengarah Komunikasi PKR Kelantan Sukirman Mustafa.

Ini merupakan lawatan sulung Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri Isnin lepas di Istana Negara, Kuala Lumpur.