TPPA dikhuatiri tingkat harga rumah, dimiliki warga asing

TPPA dikhuatiri tingkat harga rumah, dimiliki warga asing

Menyedari trend kenaikan harga rumah yang tidak munasabah akan bertambah parah apabila Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), 4 Februari ini, Pemuda Amanah Nasional mempersoalkan status pemilikan kediaman oleh warga asing.

Mohd Ammar AtanMenyedari trend kenaikan harga rumah yang tidak munasabah akan bertambah parah apabila Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), 4 Februari ini, Pemuda Amanah Nasional mempersoalkan status pemilikan kediaman oleh warga asing.

Menurut Penyelaras Gerakan Turun Harga Rumah, Mohamad Ammar Atan, tiada penyataan yang cukup jelas daripada teks TPPA dalam bab Capital Control dan Annex 2 mahupun penjelasan lanjut di pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berhubung pasaran perumahan sama ada akan diliberalisasikan atau masih mempunyai had tertentu.

Ujarnya, harga rumah yang kini mahal kerana permainan spekulator tempatan dan implementasi dasar perumahan negara yang lemah dibimbangi akan melambung lebih tinggi dengan kemasukan spekulator asing apabila Malaysia menandatangani TPPA.

“Apabila tandatangani TPPA, wang yang besar akan datang dari luar negara. Pelabur asing boleh melabur dalam industri sebenar, pasaran saham dan hartanah. Ini akan mengakibatkan kenaikan harga rumah yang tidak terkawal lantas membebankan anak muda yang berhajat untuk memiliki rumah yang bersesuaian dengan tingkat pendapatan dan kos sara hidup kini.

“Antara yang menjadi persoalan besar, adakah orang luar boleh memiliki rumah di Malaysia atau tidak?” soalnya dalam kenyataan bersama Yasser Zulkefli.

Menurut mereka, kemasukan pemodal asing selepas pemeteraian TPPA dibimbangi akan menjejaskan matlamat dasar Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menawarkan harga kediaman mampu milik.

“Walaupun PR1MA diwujudkan bagi ‘memaksa’ pasaran harta sekitarnya menurunkan harga rumah 10 hingga 20 peratus, namun realitinya apabila kemasukan pelabur asing dengan tidak terkawal yang mempunyai ‘high purchasing power’ (kuasa beli tinggi), mereka akan merubah keadaan pasaran yang sedia ada dengan menolak semaksima mungkin harga perumahan bagi mendapatkan keuntungan berganda.

“Akibatnya, PR1MA akhirnya akan tunduk kepada pasaran ini dan kemungkinan terbawa-terbawa dengan realiti harga rumah ketika itu,” kenyataan mereka dipetik.

Menurut Gerakan Turun Harga Rumah Pemuda Amanah, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh lagi mengawal aliran keluar masuk wang dari luar negara untuk pelaburan di negara ini apabila kerajaan menyertai TPPA kerana antara klausa dalam perjanjian itu ialah aliran modal yang bebas.

“Harga rumah yang kini mahal kerana permainan spekulator tempatan dan implementasi dasar perumahan negara yang lemah dibimbangi akan melambung lebih tinggi dengan kemasukan spekulator asing apabila Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

“Ramai tidak mampu membeli rumah sekarang kerana rumah dijadikan satu barangan komoditi untuk dispekulasi. Itu baru spekulator tempatan kerana kelemahan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kurangnya pengawalan penggunaan duit pasaran gelap dan kelonggaran pinjaman oleh institusi perbankan,” tambah mereka lagi.

TAGS