TPPA tidak jejas kepentingan Bumiputera, kata MT Umno

TPPA tidak jejas kepentingan Bumiputera, kata MT Umno

Semua pihak khususnya golongan Bumiputera tidak perlu berasa sangsi dengan perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana hak Melayu dan bumiputera terjamin, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Beliau diminta mengulas penganjuran Himpunan Aman Bantah TPPA oleh Kongres Rakyat yang akan diadakan 23 Januari ini di Dataran Merdeka serta pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bantah TPPA yang mendapat sokongan parti-parti pembangkang.

“Saya hairanlah dengan tindakan NGO dan parti pembangkang kerana menjadikan isu-isu luar daripada skop TPPA  sedangkan kita pastikan ia tidak berlaku jika TPPA dilaksanakan kelak.

“Padahal isu-isu dibangkitkan itu sudah dipersetujui dalam kaukus tersebut tetapi saya lihat mereka suka bermain sentimen rakyat hal-hal yang tiada kena mengena langsung dalam apa yang terkandung dalam teks TPPA itu,” ujar Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk  Irmohizam IbrahimIrmohizam antara ahli parlimen BN yang terbabit dalam Jawatankuasa Kaukus TPPA Parlimen yang diwakili enam MP dari BN dan lima MP dari parti pembangkang.

“Saya minta NGO dan parti pembangkang jangan buat sebarang spekulasi kerana Menteri secara terbuka telah mendengar segala bentuk pandangan dan cadangan yang diutarakan wakil pembangkang di Parlimen untuk dimasukkan dalam beberapa teks TPPA,” ujarnya.

Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad dijadual membentangkan perkembangan terkini TPPA kepada ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 26 dan 27 Januari ini.

Sambung beliau lagi, semua pihak tidak perlu berasa sangsi dengan TPPA kerana hak Melayu dan bumiputera terjamin.

“Jangan ragu-ragu apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan. Saya nak bagi tahu dalam klausa 30 TPPA kepentingan bumiputera di masukkan. Ini bermakna dalam sejarah perjanjian ekonomi di peringkat global, pengiktirafan terhadap kepentingan bumiputera diperjuangkan oleh pemimpin negara dalam konteks perdagangan antarabangsa. Dalam FTA pun tak ada perjanjian sebegini,” ujarnya.

Irmohizam yang juga  Ali Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  tidak menafikan kos sara hidup yang meningkat membebankan peminjam PTPTN untuk melunaskan bayaran bulanan pinjaman.

Justeru beliau menyarankan agar mana-mana peminjam yang menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman untuk berbincang semula dengan PTPTN.

“Kita memahami dengan kenaikan kos sara hidup ramai peminjam yang merasai tekanan untuk menampung jadual pembayaran balik pinjaman mereka.

“Datanglah berbincang dengan khidmat pelanggan PTPTN untuk membantu mengurangkan jumlah pembayaran balik pinjaman bulanan mereka. Kita fleksible untuk mendengar masalah peminjam,” ujarnya.

TAGS