Malaysia Dateline

Trak bawa muatan bahan kimia meletup di utara China, ragut 22 nyawa

Sebuah trak mengangkut bahan kimia mudah terbakar meletup di Wilayah Hebei Utara China pada Rabu pagi menyebabkan 22 orang terkorban.

Menurut jabatan bomba bandar Zhangjiakou, 22 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.40 pagi di daerah Qiaodong, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati trak membawa muatan asetilena itu meletup ketika memasuki Haipo’er New Energy Technology Co. Ltd. berhampiran syarikat perusahaan kimia, Hebei Shenghua.

Letupan menyebabkan 38 trak dan 12 kereta berdekatan terbakar dan turut merosakkan litar voltan tinggi, menyebabkan gangguan elektrik di empat stesen komunikasi dan beberapa syarikat.

— BERNAMA