Tranfromasi Malaysia baru di arena antarabangsa

Tranfromasi Malaysia baru di arena antarabangsa

Malaysia baharu di sambut baik rakyat yang merindui nilai nilai murni urus tadbir yang baik – good governance dan keadilan yang menyeluruh untuk rakyat jelata.

Penyelesaian isu perlantikan Peguam Negara dengan baik menunjukkan isu pemerintahan yang adil dan tulus lebih penting dari isu perkauman dan prejudis keagamaan.

Negara Malaysia sedang berada di ambang pembinaan semula Malaysia baru dengan nilai-nilai murni dan terpuji untuk mengembalikan kita ke zaman kegemilangan kita yang lama dahulu.

Setelah selesai YAB Tun Mahathir menyusun kabinet negara kami pasti Tun akan membawa kita ke tahap penghormatan antarabangsa semula terutamanya di kalangan negara negara Islam seperti dahulu. Arah baru polisi luar negara akan di susun bagi kepentingan negara dan bukan tunduk kepada negara kaya Arab dan juga Barat.

Datuk Seri Mohd Najib Razak terlalu menurut telunjuk negara kaya seperti Arab Saudi serta mengheret Malaysia kedalam latihan ketenteraan Sekutu Arab Saudi dan juga serangan peperangan dengan Amerika Syarikat serta Britain yang tidak berperi kemanusiaan keatas Negara miskin Yaman. Berjuta rakyat Yaman kebuluran dan mengalami penyakit kolera. Polisi luar negara Arab Saudi bukanlah contoh yang baik yang patut di ikuti.

Arab Saudi juga telah menjalin kerjasama rapat dengan rejim Yahudi Israel yang mempengaruhi polisi luar Saudi. Malaysia dibawah Najib juga telah menunjuk kecenderungan berjinak dengan Israel dengan membenarkan rombongan berprofil tinggi kerajaan Israel menghadhiri seminar selama seminggu di Malaysia. Bukan sahaja ini tidak patut berlaku tetapi di dedahkan juga Malaysia mempunyai perdagangan secara senyap senyap dengan Israel berharga RM6 Billion ! Dalam masa yang sama Najib mengajak rakyat berdemonstrasi membantah kekejaman Israel ketas rakyat Palestin.

Tunduknya kerajaan Najib kepada tuntutan Negara China Komunis dalam tuntutan di laut China selatan amat memalukan. Penyerahan begitu banyak asset utama Malaysia melalui projek-projek keretapi dan juga tanah stratejik serta pelabuhan pelabuhan utama kepada Syarikat Negara China mendedahkan Malaysia kepada “penjajahan ekonomi” yang merupakan penjajahan zaman moden kini.

Tindakan awalan Tun Mahathir membatal beberapa projek dengan negara China menunjukkan sikap tunduk yang tidak bermaruah ini tidak akan di teruskan lagi. Maruah dan kedaulatan Malaysia akan di kembalikan ketahap kegemilangan semasa era pemerintahan Tun Mahathir dahulu.

Malaysia baru ialah negara Malaysia yang berdaulat dan bermaruah. Hanya dengan mengembalikan maruah harga diri sahaja rakyat Malaysia tidak mengira agama dan kaum boleh Negara kita mencapai kembali kedaulatan dan kemerdekaan yang kita rindui.

Marilah kita bersama-sama membina Malaysia semula.

 

CATEGORIES