Transaksi tanah DBKL: Khaled akan beri kerjasama kepada SPRM

Transaksi tanah DBKL: Khaled akan beri kerjasama kepada SPRM

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini mendedahkan transaksi 97 tanah milik DBKL yang berlaku sebelum ini dibuat melalui satu Jawatankuasa Khas (Task Force) yang ditubuhkan oleh kementerian, kesemua traksaksi itu disiasat.

Hasilnya, DBKL mendapat bayaran tambahan sebanyak RM149 juta dari penjualan tanah yang telah berlaku itu.

Katanya lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan akan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung 97 transaksi tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata hasil siasatan jawatankuasa khas kementerian berhubung tanah-tanah itu, 43 transaksi diteruskan, 14 transaksi dibatalkan, 15 transaksi dirunding semula, 20 transaksi diserah kepada SPRM dan 5 transaksi tidak mendapat kata putus.