Malaysia Dateline

Transformasi kerajaan perlu dilaksana berperingkat, bukan tergesa-gesa untuk dapat sokongan rakyat

Mana-mana pelan transformasi kerajaan Pakatan Harapan walaupun memberi manfaat kepada rakyat mesti dilakukan secara berperingkatĀ  danĀ tidak tergesa-gesa untuk mendapat sokongan rakyat tanpa memberi ruang dan masa untuk rakyat memahami dan bekerjasama dengan kerajaan PH.

Demikian kata Naib Presiden DAP Cawangan Taman Sutera, Johor Chan Wei Khjan.

Beliau berpendapat perubahan dalam dasar-dasar yang sedia ada atau pengenalan dasar baru akan gagal jika tidak mendapat sokongan rakyat.

Chan Wei Khjan

“Pemimpin-pemimpin PH selalu memberitahu rakyat untuk memberi masa kepada kerajaan PH untuk membawa perubahan dan pemimpin-pemimpin PH juga harus berbuat demikian yang sama.

“Semua pemimpin PH harus juga ingat bahawa rakyat mengundi kami ketika PRU14 adalah berkhidmat untuk rakyat dan bukan mewujudkan birokrasi.
“Rakyat marah dan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin lepas yang bukan sahaja menyalahgunakan hak dan kuasa mereka demi kepentingan peribadi dan bukan berkhidmat untuk kepentingan rakyat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata kekalahan PH pada PRK Semenyih telah disebabkan pembangkan dari Umno dan Pas menimbulkan sentimen kurang senang terhadap rakyat kerana bermain dengan isu perkauman dan agama media sosial.

Justeru katanya pemimpin PH perlu beringat bahawa tiada jalan pintas untuk perubahan berlaku.

“Sebagai pemimpin PH, kita tidak sepatutnya mencari cara pintas untuk mendapatkan sokongan daripada penyokong-penyokong pembangkang sekarang dengan melaksanakan dasar-dasar yang berasaskan kaum.

“Ketika PRU14, rakyat telah memilih kita kerana kepercayaan rakyat yang kita akan berjuang melawan korupsi dan membina Malaysia baru!

“Semasa PRU14 juga, ramai menolak BN kerana tindak-tanduk DS Najib dalam banyak kes korupsi dan ia akan membawa bencana kepada kerajaan PH untuk terus melaksanakan dasar-dasar berasaskan kaum.

“Ini bukan sahaja kita tidak dapat sokongan penuh daripada penyokong pembangkang sekarang tetapi kita akan kehilangan penyokong kita yang sedia ada,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi kerajaan PH perlu mengambil ikhtibar daripada pengalaman PRU14 dan tidak berfikir bahawa kerajaan ini hanya untuk satu penggal sahaja.

” Jika ini berlaku, semua harapan yang diberi oleh rakyat akan hilang selama-lamanya,” tegasnya.