Transgender guna tandas OKU buat sementara, kata Timbalan Menteri JPM

Transgender guna tandas OKU buat sementara, kata Timbalan Menteri JPM

Golongan transgender digesa menggunakan tandas untuk orang kurang upaya (OKU) sebagai langkah sementara sebelum diterima sepenuhnya oleh masyarakat, kata Timbalan Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata langkah sementara itu mungkin merupakan penyelesaian terbaik selepas mengambil kira perasaan golongan wanita yang tidak berasa selamat ketika komuniti transgender menggunakan tandas wanita.

“Jadi saya menganggap bahawa penyelesaian terbaik sehingga orang ramai menerima mereka,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata beliau tidak membenarkan kepada pekerja transgender untuk menggunakan tandas wanita. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau hanya menjawab soalan seorang wartawan mengenai isu ini.

Dr Mujahid telah bidas kerana kenyataannya itu, dengan dakwaan beliau mengabaikan keselamatan golongan wanita.

Fuziah berkata komuniti transgender juga berasa tidak selamat jika mereka menggunakan tandas lelaki.

“Mereka takut mereka akan diganggu jika mereka pergi ke tandas lelaki.

“Tetapi jika mereka menggunakan tandas wanita, wanita akan merasa tidak selamat.

“Kita perlu memahami mereka,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menjalankan pelbagai program untuk membantu golongan transgender daripada terus menjadi pekerja seks.

“Kami mengambil inisiatif bagaimana untuk membantu mereka dan juga bagaimana membuat masyarakat memahami mereka.

“Ia termasuk program perubahan kerjaya dan bagaimana pihak berkuasa agama dapat memberikan kemahiran latihan kepada mereka,” katanya.

Hari ini Mufti  Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyarankan agar golongan transgender mengenali jantina mereka terlebih dahulu sebelum memasuki tandas awam. Golongan transgender ini juga dinasihat supaya bertemu doktor pakar untuk kenalpasti jantina mereka. Sekiranya ia tidak dapat dikenalpasti beliau menyarankan agar golongan transgender mengunakan tandas OKU.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS