Konsortium Transnasional Berhad hari ini mengumumkan pemberhentian perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di 19 laluan di Kelantan bermula hari ini.
Syarikat itu dalam kenyataan media hari ini berkata langkah itu diambil disebabkan syarikat tidak mampu menanggung kos operasi berikutan tidak lagi menerima sokongan dana daripada kerajaan.
Laluan yang ditutup ialah Machang-Tanah Merah, Machang-Pasir Puteh, Kota Baharu-Tok Bali-Kampung Raja, Kota Baharu-Cabang Empat-Tumpat, Kota Baharu-Bunut Susu-Pasir Mas, Tumpat-Palekbang-Kota Baharu, Kuala Krai-Dabong, Kota Baharu-Pasir Puteh-Jelor dan Jeli-Kuala Balah-Dabong.
Laluan lain ialah Kota Baharu-Kemubu-Machang, Pasir Mas-Repek-Rantau Panjang, Kota Baharu-Kemumin-Sabak, Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu-Tiong-Bachok, Kota Baharu-Bukit Marak-Bachok, Kota Baharu-Bachok-Pengkalan Baharu, Kota Baharu-Bandar 61A dan 61B, Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Pasir Puteh-Kuala Besut-Jerteh.