Kebelakangan ini, satu demi satu kes penceraian artis tanah air yang didedahkan di media buat santapan umum.
Atas tiket memberi pengajaran, segala cerita dalam kain melibatkan pasangan selebriti ini mula terbuka saat tiada lagi kasih sayang antara mereka.
Di sebalik kekecohan industri hiburan saat ini, pendekatan yang diambil oleh penyanyi, Mizz Nina mendapat pujian oleh orang ramai.
Turut diterpa masalah rumah tangga, Mizz Nina lebih memilih untuk menyelesaikannya dengan cara tertutup.
Pandangan ini turut dikongsi oleh pengarah dan penerbit drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin menerusi laman Facebook miliknya.
Mempunyai kelas tersendiri, Shahrulezad kagum penyanyi itu tidak pernah membuka aib bekas suaminya sehingga mereka sah bercerai.
“Mizz Nina jugak yang kelas. Senyap-senyap dia dapat apa yang dia mahukan tanpa melondehkan aib masing-masing di depan kita semua.
“Tahu-tahu selesai dan move on. Dan kita pun tak berdosa kepoh sama,” tulis pengarah tersebut di status Facebooknya.
Pemilik nama Shazrina Azman itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mencetus kontroversi saat dalam proses penceraian.
Mizz Nina sah bercerai dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada Ogos tahun lalu selepas 11 tahun berumah tangga.
Baca juga: Harga martabak dah macam beli Lamb shank, betul-betul untuk T20 je ni