Trend baru pertembungan BN, Pas, Pakatan Harapan, kata Mustafa

Trend baru pertembungan BN, Pas, Pakatan Harapan, kata Mustafa

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pertembungan tiga penjuru antara BN, Pas dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil (PRK) di negara ini dianggap sebagai trend baru yang berlaku sekarang, sedangkan sebelum ini ia disepakati hanya pertembungan dua penjuru.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata sebelum ini tidak berlaku pertembungan sesama pembangkang dan hanya berdepan dengan Umno-BN.

“Dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini tidak pernah mengalami situasi seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Kita tahu yang berada di belakang Amanah ialah DAP biarpun parti itu tidak bertanding. Pas mempunyai banyak pengalaman dalam situasi begitu,” katanya ketika menggulung perbahasan di muktamar di Putik hari ini seperti dilapor media parti itu.

Menurutnya juga pilihan raya tersebut dianggap sebagai medan ujian bagi parti terbabit untuk melihat sejauh mana sokongan diterima di peringkat akar umbi.

“Test case namun Pas sudah banyak pengalaman dalam pilihan raya. Pas sudah tunjuk komitmen yang tinggi.

“Apa yang kita tengok sekarang yang benar-benar hendak lawan Pas ialah Amanah. Umno semua orang sudah tahu sejak daripada dahulu menentang Pas,” ujarnya.

Pada 18 Jun ini di Parlimen Kuala Kangsar  dan Parlimen Sungai Besar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Pas dan Pakatan Harapan yang diwakili calon Amanah.

TAGS