Malaysia Dateline

Trend pakai niqab oleh pemilik produk kosmetik timbang kilo bertentangan Islam jika…

Tidak dinafikan trend memakai niqab dalam kalangan pemilik produk kosmetik terutamanya wanita teruja memakai niqab, namun perbuatan mereka menimbulkan persoalan apabila mengenakan ‘make up’ mata yang berlebihan.

Perbuatan ini sekali gus bertentangan dengan tujuan pemakaian niqab dalam Islam.

Menurut pengguna Facebook Karya Kayra pemakaian niqab wajib disertai dengan tanggungjawab menjaga Agama Islam dari terfitnah hanya kerana memakai niqab tetapi dalam masa yang sama melanggar semua syarat-syarat wajib ketika berniqab.

“Saya kerap melihat Pemilik Produk Kecantikan Timbang Kilo yang ramai memilih untuk berniqab tetapi sangat berlebihan dalam mekap mata mereka. Ini bertentangan dengan tujuan pemakaian niqab di dalam Islam.

“Jika anda rasa anda tidak mampu menjaga kesucian Islam dan anda boleh menyebabkan Islam terfitnah hanya kerana anda memakai niqab, bak kata Ustaz saya ketika saya belajar peringkat Degree Sains & Teknologi (Pengkhususan Pengajian Islam) di Universiti dahulu – maka anda elak dari memakai niqab supaya Agama tidak terfitnah kerana setiap Umat Islam itu ada TANGGUNGJAWAB MENJAGA AGAMA sepertimana kehendak Maqasid Syariah.

Trend pakai niqab oleh pemilik produk kosmetik timbang kilo bertentangan Islam jika...

“Muka dan tapak tangan bukan aurat bagi Wanita Islam kecuali jika kecantikan wajah anda boleh mendatangkan fitnah kepada lelaki-lelaki ajnabi yang mempunyai satu nafsu.

“anda.. jika dengan memakai niqab juga menyebabkan anda terlihat sangat cantik, bahkan lebih cantik dari semasa tidak memakai niqab kerana wajah anda biasa-biasa sahaja itu, maka HUKUMNYA HARAM ANDA BERNIQAB jika dengan berniqab anda boleh menarik pandangan lelaki-lelaki ajnabi dan seterusnya mampu menggoda mereka dengan niqab anda.

“Memang tiada manusia yang sempurna tetapi jika ianya membabitkan kesucian Islam, maka pilihlah Menjaga Agama kerana ianya lebih baik dari memilih Dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan Sirim Berhad memberi respons kepada status Pemilik Produk Timbang Kilo yang cuba menipu Rakyat Marhain.

Katanya trend memakai niqab dalam kalangan Pemilik Produk Timbang Kilo bertentangan dengan Islam jika…

1.Sesiapa sahaja boleh memakai niqab jika anda sebagai wanita menyedari wajah cantik anda boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan lelaki ajnabi.

2.Wanita Arab memakai niqab untuk mengelakkan debu padang pasir masuk ke dalam mulut mereka.

3.Hukum memakai niqab bertukar menjadi HUKUM WAJIB ke atas Wanita Islam jika anda sebagai wanita mempunyai “wajah yang sangat cantik” hingga menyebabkan lelaki-lelaki ajnabi menoleh beberapa kali untuk memandang anda. Jika kehadiran anda tidak-menyebabkan lelaki-lelaki ajnabi berpaling beberapa kali untuk melihat anda, maka anda tidak perlu memakai niqab.

4.Apabila anda memakai niqab pastikan niqab tidak diikat ketat semata-mata untuk menonjolkan bentuk batang hidung atau bentuk raut muka. Kain niqab itu sepatutnya loose dan tebal kerana itu tujuan pemakaian niqab – untuk menutup bentuk wajah cantik anda dari pandangan lelaki ajnabi.

5.Tidak memakai contact lenses berwarna-warni seperti warna dark grey berkonsepkan Big Eyes yang boleh menggoda lelaki ketika anda memilih untuk berniqab.

6.Tidak memakai mekap seperti eyeliner bagaikan Cleopatra, eyebrow yang ditebalkan dan eyelash yang dipanjangkan demi menonjolkan kecantikan mata (yang mana hukumnya HARAM menyambung bulu mata sama seperti HARAM menyambung rambut).

Baca juga: Dekorasi dahi tema Bollywood-Wanita muslim perlu elak ia perbuatan tasyabbuh kerana jelas simbol keagamaan

Baca juga: Nak jual banglo harga RM7 juta, Sajat siap tawar khidmat peguam secara percuma