Malaysia Dateline

Trivia kempen PRU-15, yang paling win adalah nombor 6…

Seorang aktivis media sosial membuat satu analisis yang menarik tentang calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Dan yang paling win adalah perkara nombor 6, Calon Anak-Beranak/Adik-beradik/Kroni.

Beliau telah menyenaraikan betapa ramainya calon anak beranak dalam pilihan raya ini ini termasuk anak beranak Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihan raya ini, selain Hadi yang bertanding di Parlimen Marang, anak beliau, Muhamad Khalil Hadi bertanding di DUN Batu Burok.

Ramai yang tidak tahu bahawa seorang lagi keluarga beliau turut bertanding iaitu menantu beliau Mohd Akmal yang bertanding di DUN Selama, Perak.

Berikut adalah trivia calon yang disusun oleh MROiLY.

TRIVIA CALON PRU15

PERTAMA: Kerusi Parlimen paling ramai calon:

• Batu (10 penjuru)
• Ampang (9 penjuru)
• Sepang (8 penjuru)
• Sungai Buloh (7 penjuru)

KEDUA: Calon BEBAS – Paling ramai dalam sejarah seramai 108 orang

KETIGA: Calon selebriti/influencer/ aktivis

• Siti Kasim (BEBAS/Batu)
• Cleopatra (BEBAS/Batu)
• Ahmad Idham (Pejuang /Port Dickson)
• Rani Kulop (PRN/Port Dickson)
• Eizlan Yusof (Pejuang/Sabak Bernam)
• Lando Zawawi (Pejuang/Tanjong Karang)
• Uncle Kentang (BEBAS /Puchong)

KEEMPAT: Calon buat ‘comeback’

• Tian Chua (Batu – BEBAS)
• Rafizi Ramli (Pandan – PH)
• Tiong Lai (Bentong – BN)
• Khaled Norden (Kota Tinggi – BN)
• Ong Tee Kiat (Pandan- BN)

KELIMA: Calon OKU

Dr Noraishah Mydin (PH/Putrajaya)

KEENAM: Calon Anak-Beranak/Adik-beradik/Kroni

A) Keluarga Anwar Ibrahim (PKR/PH)

• Anwar Ibrahim (Tambun)
• Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak)
• Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh)

B- Keluarga Lim Kit Siang (DAP/PH)

• Lim Guan Eng (Bagan)
• Lim Hui Ling (Tanjong)

C- Keluarga Shafie Afdal (WARISAN)

• Shapie Apdal (Semporna)
• Yusof Apdal (Lahad Datu)

D- Keluarga Karpal Singh (DAP/PH)

• Ram Karpal Singh (Bukit Gelugor)
• Gobind Singh Deo (Damansara)
• Jagdeep Singh Deo

E- Keluarga Mahathir (PEJUANG)

• Tun Mahathir Mohamad (Langkawi)
• Mukhriz Mahathir (Jerlun)

F- Keluarga Bahanda (WARISAN)

• Vernon Bahanda (Kudat)
• Wetron Bahanda (Kota Marudu)

G- Keluarga Shahidan (PAS/PN)

• Shahidan Kassim (Arau)
• Ismail Kassim (DUN Tambun Tulang)

H- Keluarga Haji Hadi (PAS/PN)

• Haji Hadi (Marang)
• Muhamad Khalil Hadi (Batu Burok)
• Mohd Akmal (Selama)

KETUJUH: Calon paling banyak kali bertanding

• Ku Li (Gua Musang)
• Tun Mahathir (Langkawi)
• 3. Haji Hadi (Marang)
• Anwar Ibrahim (Tambun)
• Muhyidin Yasin (Pagoh)

KELAPAN: Calon Gugur tapi degil nak bertanding

• Shahidan Kassim (Arau/PAS/PN)
• Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar/Titi Tinggi/BEBAS)
• Wong Tuck (DAP/Bentong/BEBAS)
• Ismail Mutalib (Maran/PAS/PN)

KESEMBILAN: Calon Tarik Diri

• Kazim Elias (BN/Larut)
• Lee Boon Chye (PH/Gopeng)

KESEPULOH: Calon propa tapi tak jadi

• Azwan Ali (Diva AA) (BEBAS /Gombak)

KESEBELAS: CALON RAMAI MUKA BARU

• BN (80%)
• PH (65%)
• PN (60%)
• WARISAN (40%)

KEDUABELAS: Calon PM sekiranya menang

BN – Ismail Sabri / Zahid Hamidi
PH – Anwar Ibrahim
PN – Muhyidin Yasin
GTA – Tun Mahathir
BEBAS – Rani Kulop

MROiLY