Malaysia Dateline

True Bangkok United juara edisi sulung SAC 2020

Pasukan True Bangkok United FC muncul juara edisi pertama Kejohanan Asia Challenge (SAC) 2020 apabila menewaskan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Shah Alam, di sini malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat perlawanan.

True Bangkok United FC muncul juara apabila Muhammad Zahril Azri Zabri dan Abdul Halim Saari gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pasukan itu membawa pulang piala dan pingat yang disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Dalam satu lagi perlawanan, Persib Bandung menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Hanoi FC 2-0 melalui jaringan Puja Abdillah pada minit ke-18 dan Beni Oktovianto pada minit ke-38.– BERNAMA