Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Trump arah serangan udara yang ragut nyawa Komander tertinggi Iran di Baghdad

Trump arah serangan udara yang ragut nyawa Komander tertinggi Iran di Baghdad

BernamaJanuary 3, 2020 2:06 pm




Amerika Syarikat pada Khamis mengesahkan bahawa ia telah melancarkan satu serangan udara yang menyebabkan komander tertinggi pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, Qasem Soleimani, terbunuh di ibu kota Iraq iaitu Baghdad, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Turut terkorban dalam serangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad itu ialah Abu Mahdi al-Muhandis, yang merupakan naib presiden kumpulan Hashed al-Shaabi atau Unit Mobilisasi Popular (PMU), lapor media tempatan.

“Atas arahan Presiden (Donald Trump), tentera AS telah mengambil tindakan pertahanan yang tegas bagi melindungi kakitangan AS di luar negara dengan membunuh Soleimani,” menurut Pentagon dalam satu kenyataan.

Soleimani adalah komander yang sudah lama berkhidmat dalam Pasukan Tentera Quds, yang dilabel sebagai kumpulan pengganas di AS sejak 2007.

Kumpulan itu dianggarkan mempunyai 20,000 ahli.

Sejurus selepas kedua-dua pemimpin dilaporkan terbunuh, Trump telah memuat naik bendera AS di Twitter tanpa komen.

Pentagon, yang mendakwa Soleimani merancang untuk melakukan serangan ke atas diplomat serta tentera AS yang di Iraq dan rantau itu, berkata pemimpin tersebut bertanggungjawab atas kematian beratus-ratus rakyat Amerika dan anggota tentera gabungan.

“Tindakan ini adalah bagi menghalang rancangan serangan masa depan oleh Iran. Amerika Syarikat akan terus mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi rakyat dan kepentingan kami di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia,” menurut kenyataan itu.

Serangan itu berlaku susulan ketegangan antara Iran dan AS selepas beribu-ribu rakyat Iraq menyerbu pekarangan Kedutaan AS pada Selasa bagi membantah serangan udara di Iraq dan Syria Ahad lepas yang menyebabkan sekurang-kurangnya 25 militia Kataib Hezbollah terbunuh.

Serangan udara itu adalah sebagai tindak balas terhadap serangan roket pada Jumaat ke atas sebuah pangkalan tentera AS di Kirkuk dan didakwa dilakukan oleh Kataib Hezbollah, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Hashed al-Shaabi.

Serangan itu telah menyebabkan seorang kontraktor AS maut manakala empat anggota tentera cedera.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Darurat Muhyiddin untungkan Grand Coalition PH

Terkini

Rakyat biasa dikompaun tapi rombongan Muhyiddin, ahli Bersatu selamba ingkar SOP

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production