Trump cadang lantik Jeneral bersara sebagai duta ke Arab Saudi

Trump cadang lantik Jeneral bersara sebagai duta ke Arab Saudi

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hari ini, mengumumkan cadangan beliau mencalonkan seorang jeneral bersara sebagai duta AS ke Arab Saudi.

John P. Abizaid, bekas komander itu kini berkhidmat di Institut Hoover Universiti Stanford dan bekerja sebagai perunding swasta di JPA Associates.

Beliau seorang graduan terkemuka Akademi Ketenteraan AS dan memperolehi Sarjana dalam bidang Pengajian Kawasan Timur Tengah dari Universiti Harvard, lapor agensi berita Xinhua.

Selain itu, Abizaid juga adalah ahli Majlis Hubungan Luar Negara dan Institut Pengajian Strategik Antarabangsa.

Hubungan dua hala AS dan Arab Saudi diuji baru-baru ini susulan ramai yang cedera di Yaman disebabkan serangan udara diketuai Arab Saudi dan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2 Oktober di Turki.

— BERNAMA