Malaysia Dateline

Trump diberi taklimat insiden tembakan di Pearl Harbor

Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai insiden tembakan di Limbungan Kapal Tentera Laut Pearl Harbor di Hawaii, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan seorang jurucakap Rumah Putih.

“Presiden telah diberi taklimat mengenai insiden itu dan akan terus mengikuti rapat perkembangan terbaru kejadian tersebut,” kata jurucakap itu.

Terdahulu, Pangkalan Bersama Pearl Harbor-Hickam (JBPHH) menyatakan pasukan keselamatannya telah memberikan respons kepada insiden tembakan yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan pada Rabu (00.30 GMT Khamis).

Penembak itu, membunuh dua pekerja awam dan mencederakan seorang lagi, sebelum menembak dirinya sendiri. Suspek dikenal pasti sebagai kelasi AS.– BERNAMA