Trump longgarkan dasar AS mahu penyelesaian perdamaian Israel-Palestin

Trump longgarkan dasar AS mahu penyelesaian perdamaian Israel-Palestin

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berjanji untuk  meneruskan pelan perdamaian bagi Israel dan Palestin sekiranya kedua-dua negara sedia berkompromi.

Sejak 2014 Israel dan Palestin tidak mempunyai sebarang rundingan damai substantif.

Laporan yang dipetik agensi berita BBC itu menyebut Trump juga meminta mengurangkan penempatan Israel di Tebing Barat dan di Timur Jerusalem oleh Israel ekoran pelantikannya sebagai Presiden AS ke 45.

Dalam sidang media pada Rabu, kedua-dua pemimpin dengan jelas komited untuk kembali melihat masa depan Palestin lebih cerah sebagaimana dasar lama Amerika Syarikat.

Pelan “penyelesaian dua negara” membabitkan konflik berdekad antara Irael dan Palest in adalah matlamat yang diisytiharkan pemimpin terdahulu mereka dan masyarakat antarabangsa.

Ia adalah penyelesaian yang akan menyaksikan pembentukan sebuah negara merdeka Palestin dalam tahun 1967 pra garisan gencatan senjata di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Jerusalem Timur, akan hidup dengan aman bersama Israel.

PBB, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Rusia  dan Amerika Syarikat sehingga kini secara rutin menyatakan semula komitmen mereka kepada konsep itu.

“Jadi, saya melihat dua negara (Ameria Syarikat-Israel) dan satu negara (Palestin).

“Dan saya suka apa yang kedua-dua pihak suka. Saya sangat gembira dengan apa yang kedua-dua pihak suka.

“Saya boleh hidup antara salah satu (Palestin-Israel). Saya fikir untuk seketika bahawa kedua-dua negara kelihatan seperti ia boleh menjadi lebih mudah daripada dua.

“Secara jujur, jika Israel dan Palestin gembira – saya juga gembira dengan apa-apa yang mereka suka yang terbaik.” ujar Trump.

Beliau berkata, ia akhirnya akan mencapai perjanjian damai kedua pihak.

Trump turut ditanya mengenai janji pilihan raya untuk mengundurkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem, yang akan membawa implikasi yang serius untuk sebarang rundingan damai.

“Saya gembira jika ia berlaku iaitu  setelah kedutaan berpindah ke Jerusalem. Dan kami melihat ia sangat kuat. Kami melihat ia dengan berhati-hati percayalah kita akan lihat apa yang berlaku.”

Manakala Netanyahu ketika ditanya mengenai penyelesaian dua negara, beliau berkata mahu memberi tumpuan kepada “substancce” dan bukan “label”.

“Terdapat dua prasyarat untuk keamanan.

“Pertama rakyat Palestin mesti mengiktiraf negara Yahudi dan kedua, dalam mana-mana perjanjian damai, Israel mesti mengekalkan kawalan keselamatan yang lebih penting ke atas seluruh kawasan barat Sungai Jordan.” ujar Netanyahu.

Sementara itu Presiden Palestin pula dalam reaksi balasnya menegaskan komitmennya kepada penyelesaian dua negara dan menamatkan pendudukan Israel ke atas Palestin, lapor Reuters.

seorang pegawai kanan White House memberi isyarat perubahan dasar yang berpotensi dengan mengatakan keamanan tidak semestinya perlu melibatkan negara Palestin, Trump tidak akan cuba untuk “mengajar” cara penyelesaiannya.

Hari ini terdapat lebih daripada 600,000 orang Yahudi tinggal di 140 penempatan yang dibina sejak 1967 di Tebing Barat dan Jerusalem Timur – bumi Palestin menuntut perdamaian masa depan kerana penempatan adalah dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, walaupun Israel mempertikaikannya.

TAGS