Trump: Perangi militan atau Islam?

Trump: Perangi militan atau Islam?

Presiden Amerika Syarikat (AS) bukan ingin memerangi kumpulan militan dan kumpulan yang tidak menghormati demokrasi tetapi lebih bersifat memerangi Islam, dakwa Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) bukan ingin memerangi kumpulan militan dan kumpulan yang tidak menghormati demokrasi tetapi lebih bersifat memerangi Islam, dakwa Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Beliau berkata Donald Trump menunjukkan sifatnya yang sebenar selepas dua minggu mengangkat sumpah sebagai presiden, seepas melalui kempen pilihan raya yang kotor.

“Dalam kempen sebelum ini Donald Trump berkata bahawa beliau tidak akan membenarkan orang Islam masuk ke Amerika Syarikat.

“Kita menganggap itu hanyalah kempen biasa untuk menarik golongan kanan Amerika untuk menyokong beliau.

“Namun selepas mendapat kuasa, beliau benar-benar melaksanakannya tetapi pilihan negara-negara yang mula disekat amat mengejutkan kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, Trump sepatutnya mengotakan janjinya untuk memerangi golongan militan dan ISIS, tetapi beliau hanya menyepi terhadap negara yang melahirkan ramai ISIS ini sekaligus membuktikan bahawa Trump hanya mengulangi sikap kerajaan terdahulu,” katanya lagi.

Trump mengisytiharkan rakyat Iraq, Libya, Syria, Yaman, Iran, Somalia serta Sudan tidak boleh memasuki Amerika.

Trump dalam kempennya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang dibuat oleh kerajaan Amerika terdahulu dan berjanji akan memerangi kumpulan militan dan ISIS serta seumpamanya.

Mohamad juga berkata, kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang berjalan sepanjang tahun 2016 amat kotor dengan wujudnya pelbagai usaha pembunuhan karakter yang didedahkan kepada orang ramai.

Dalam temu bual terhadap Hillary Clinton, beliau mengaku bahawa ISIS dan kumpulan militan bersenjata sebenarnya dibiayai oleh Amerika dan mereka jugalah yang melahirkan kumpulan Al-Qaeda dan seumpamanya yang berjuang mendapatkan kuasa bukan melalui proses demokrasi.

“Akhirnya dalam pertarungan yang hebat, Trump mencapai kemenangan walaupun dipertikai dan telahpun mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang sah,” katanya.

Justeru tegasnya, umat Islam dan kemanusiaan sejagat bersama negara-negara besar seperti Kanada, England dan Jerman mesti mengkritik dan membantah polisi Trump ini.

“Negara-negara OIC yang bermaruah perlu bersidang segera untuk mengutuk tindakan yang diambil oleh Donald Trump dan kerajaan Amerika ini di samping perlu berani menyatakan kebenaran hak kebebasan beragama untuk masuk ke mana-mana negara, bukan di atas kebencian suatu agama, kaum atau puak,” katanya.

TAGS