Malaysia Dateline

Trump tangguh lawatan kerja Speaker ekoran penutupan kerajaan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis memberitahu Speaker Nancy Pelosi bahawa rancangannya untuk melakukan lawatan kerja ditangguhkan, sehari selepas Ketua Demokrat Kongres memintanya menangguhkan ucapan tahunan disebabkan penutupan kerajaan, lapor agensi berita Xinhua memetik surat Trump.

“Disebabkan penutupan, dukacita saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa lawatan ke Brussels, Mesir dan Afghanistan,ditangguhkan,” tulis Trump dalam suratnya epada Pelosi, menolak lawatan perhubungan awam delegasi Kongres ke negara terbabit.

“Kita akan jadualkan semula lawatan tujuh hari ini apabila penutupan ini berakir,” kata Trump.

“Saya juga merasakan untuk tempoh ini, adalah lebih baik jika anda berada di Washington dan berunding dengan saya serta menyertai pergerakan Keselamatan Kukuh Sempadan bagi menamatkan isu ini,” tulis presiden itu.

Trump tidak menyebut mengenai permintan Pelosi untuk menganjakkan tarikh ucapan tahunan presiden yang sebelum ini dijadualkan 29 Januari.

Pelosi sebelum ini menyatakan, Trump perlu menangguhkan ucapannya kerana agensi persekutuan yang ditugaskan menyediakan pasukan kselamatan untuk cara berkenaan belum mendapat dana akibat penutupan kerajaan.

Setiausaha Dalam Negeri, Kirstjen Nielsen pada Rabu menyatakan Jabatan Keselamatan Dalam negeri sedia untuk berkhidmat melindungi acara berkenaan.

“Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Perkhidmatan Rahsia AS, sedia sepenuhnya untuk menyokong dan mengawal ucapan State of the Union,” kata Nielsen menerusi Twitternya.

Penutupan kerajaan itu bermula pada 22 Disember ekoran ketegangan mengenai belanjawan selepas ahli kongres Demokrat menolak pembiayaan tembok sepanjang sempadan AS-Mexico yang diminta Trump.

— BERNAMA